PEOPLE@Ä¢¹½ÊÓÆµ : AHMAD SHAHARUDIN MOHAMAD MOKHTAR
“Kalau tanya saya, perasaan paling ‘merdeka’ sekali ialah bila makan bubur kacang durian. Makan pula di serambi, sambil melihat kanak-kanak bermain, berlari di sekeliling rumah,” kata En. Ahmad Shaharudin Mohamad Mokhtar, ketika berbual seusai sesi rakaman videonya baru-baru ini.
Anak kelahiran Chemor, Perak yang kini bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Pusat Jalinan Masyarakat Ä¢¹½ÊÓÆµ (Ä¢¹½ÊÓÆµCares) ini begitu teruja apabila dipilih bagi menjayakan penggambaran siri video ‘Teguh Bersama’ oleh Pejabat Komunikasi Korporat Ä¢¹½ÊÓÆµ. “Terima kasih CCO kerana usaha yang tidak henti-henti mengetengahkan warga Ä¢¹½ÊÓÆµ di media. Kalau bukan kita yang bangga dengan apa yang kita ada, siapa lagi?” tanya pengurus pasukan bowling Ä¢¹½ÊÓÆµ ini dengan penuh semangat.
Walaupun penggambaran sudah tamat, mulutnya masih kumat-kamit menyanyikan bait lirik ‘Inilah Barisan Kita’, sambil jarinya berayun mengikut rentak lagu. Jom kita contohi semangat kemerdekaan Encik Mad, sempena bulan kemerdekaan ini!